Pages

Thursday 17 October 2013

Duku

Nama saintifik : Lansium domesticum
Famili : Meliaceae
Nama lain : Duku Terengganu
Jenis : Pokok kecil, banyak musim
Keperluan pertumbuhan : Memerlukan kawasan yang subur, kandungan bahan organik yang tinggi dan saliran yang baik.  Duku tidak begitu sensitif terhadap pancaran matahari berbanding dengan dokong dan duku langsat.
Morfologi : Berbanding dengan dokong dan duku langsat, kanopi pokok duku adalah lebih besar sehingga 8-10 garis pusat, mempunyai dahan cabang dan tumbuh lebih rindang.  Duku juga lebih tahan kepada serangan ulat batang dan lebih mudah dijaga.  Tangkai buah tidak padat dan sehubungan dengan itu setiap tangkai buah tidak masak serentak.  Buah seterusnya dipetik setiap biji dengan memilih buah yang lembut dan tinggalkan buah yang belum masak (masih keras). Isi buah berwarna transparent, manis lembut, tidak berair dan tidak mempunyai biji besar.  Memandangkan buahnya tidak masak serentak, ianya boleh dituai sehingga 6-8 minggu.  
Kegunaan : Buah untuk dimakan segar.
Catatan : Sesuai ditanam dikawasan rumah kerana mudah dijaga dan jangka masa kutipan buah yang agak panjang.

No comments:

Post a Comment