Pages

Friday, 11 October 2013

Kedondong


Nama saintifik : Spondias dulcis
Nama lain : Buah umbra, ambrella (English), pommel (Thailand), kedondong (Indonesia)
Varieti : Tak pasti
Sifat pertumbuhan : Sejenis tanaman banyak musim yang tumbuh dengan cepat dan boleh mencecah 8-10 m jika tidak dipangkas.  Bunga sangat kecil, berwarna putih berjambak disetiap hujung dahan.  Setiap tangkai mempuyai 15-20 biji buah yang bewarna hijau semasa muda dan bertukar kepada kuning emas apabila matang.  Buah sangat masam mempunyai biji yang amat keras dan berserabut. Saiz buah adalah 5-6 cm panjang dan 3-4 cm lebar.
Kegunaan : Buah adalah masam dan dimakan sebagai ramuan rojak atau dimakan dengan pencicah belacan, dibaut kerabu dan jeruk. Jus buah diproses untuk dijadikan minuman.  Daun dimakan sebagai ulam
Catatan :  Varieti yang kebanyakkan ditanam adalah bersaiz kecil (dalam 2 m tinggi).  Tahap ketinggian dan lebar kanopi boleh dikawal dengan memangkas.  

No comments:

Post a Comment