Pages

Friday 18 October 2013

Jambu Batu



Nama saintifik :  Psidium guajava L
Famili : 
Nama lain : Guava (English), jambu biji, 
Jenis : Pokok kecil, banyak musim
Keperluan pertumbuhan : Memerlukan kawasan yang mempunyai saliran yang baik dan subur. Perlu banyak pancaran matahari.
Morfologi : Jambu ialah sejenis pokok kecil banyak musim. Bagi memudahkan pengurusan tanaman, pokok dipangkas ketahap ketinggian 2-3 m.  Buah hendaklah dibalut dengan kertas bagi mengelakkan serangan ulat buah.
Kegunaan : Buah dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jem atau jus minuman. Ianya mengandungi pelbagai vitamin dan serat yang amat tinggi.  Daun digunakan untuk rawatan deman, cirit birit dan luka-luka kecil.
Catatan : Tanaman ini sangat sesuai dikawasan rumah kerana pokok yang cantik, mudah diurus, berbuah sepanjang tahun dan sumber makanan yang berkhasiat.

No comments:

Post a Comment