Pages

Thursday 17 October 2013

Bunga Kertas - Pembajaan 4 (Cara Pembajaan)


Cara Pembajaan:
Bagi negara tropikal seperti Malaysia, bunga kertas akan tumbuh sepanjang tahun. Sehubungan dengan itu, baja hendaklah diberi secara berkala sepanjang tahun.  Penanaman dalam pasu memerlukan pemberian baja yang lebih kerap kerana isipadu tanah untuk memegang nutrien untuk keperluan pokok adalah sangat terhad.  Penggunaan baja jenis pembebasan perlahan (slow release) seperti Kokei boleh mengurang kekerapan pemberian baja.  Pemberian baja setiap 2-3 minggu adalah memadai jika baja pembebasan perlahan (slow release) seperti Kokei digunakan.  

Ikutilah panduan berikut dalam pemberian baja bagi tanaman bunga kertas:
  • Pertumbuhan pokok adalah lebih baik dengan kedapatan sumber nutrient yang minimum dan diperolehi secara tetap.
  • Jangan membaja dalam keadaan tanah yang kering
  • Jangan beri baja secara berlebihan.  Baja yang berlebihan boleh merosakkan akar dan tanaman akan menjadi tergencat
  • Kedua-dua jenis baja (organik & bukan organik) boleh digunakan untuk penanaman bunga kertas

No comments:

Post a Comment