Pages

Sunday 20 October 2013

Kelulut

Haif kelulut ini terdapat pada sebatang pokok rambutan yang
sebahagian daripada batangnya telah mati. Ratu semestinya
berada didalam lubang batang pokok rambutan ini.
Close-up kelulut di pintu sarang yang rata-rata cuba
menyerang/mengigit saya ketika mahu ambil gambar close-up ini

Nama saintifik : Trigona spp
Nama lain : Lebah tukang, meliponini, stingless bee
Keterangan : Kelulut ialah sejenis serangga daripada keluarga Apidae. Berbanding dengan lebah madu, kelulut tidak menyegat. Secara berkumpulan, kelulut akan mengigit jika ada ganguan luar. Sehubungan dengan itu, kelulut amatlah sesuai untuk diusahakan secara kecil-kecilan diperkarangan rumah. Dilapurkan madu yang dihasilkan dari kelulut adalah lebih berkhasiat berbanding dengan madu dari lebah madu.  Madunya dikatakan boleh meningkatkan metabolisma badan dan merawat pelbagai penyakit dan kecenderaan dalaman.  Selain daripada madu yang dihasilkan, propolis dan pollen kelulut boleh dijadikan produk hiliran antibakteria, antifungus dan antivirus.
Catatan : Sedang mencari kaedah bagaimana untuk memindahkan koloni kelulut ini dari batang rambutan ini ke haif yang bersesuaian agar madu dapat tuai dengan mudah... Dimaklumkan cara yang mudah ialah dengan memotong batang pokok tadi (bersama sarang asli) dan kemudian memidahkan ke haif buatan secara berperingkat..   TAPI.. pokok rambutan masih mengeluarkan hasil..

No comments:

Post a Comment