Pages

Saturday 12 October 2013

Bunga Kertas - Teknik Cantuman Pucuk 1 (Pengenalan dan Peralatan Yang Diperlukan)

Bunga kertas yang telah dicantum dengan dengan menggunakan 
pucuk pendatang yang pelbagai warna

PENGENALAN
Teknik ini sesuai untuk membuat cantuman bunga kertas daripada beberapa spesis berlainan ke satu pokok penanti.  Cantuman ini akan menghasilkan satu pokok dengan dahan yang mempunyai sifat bunga, daun dan pertumbuhan yang berbeza.  Teknik ini juga menghasilkan bunga keras yang berbentuk bonsai dengan memilih pokok menanti yang telah matang dan mempunyai batang berbentuk bonsai. Antara perkara yang perlu diambil kira semasa memilih mata tunas untuk dicantum adalah seperti berikut:
  • Sifat pertumbuhan mata tunas (sama ada tumbuh menegak atau berjuntai ke bawah).
  • Warna bunga agar ianya mempunyai kombinasi yang baik.
  • Warna daun sama ada satu warna atau variegated (dua warna)

PERLATAN YANG DIPERLUKAN:
Peralatan yang diperlukan untuk membuat cantuman mata tunas adalah seperti berikut:
  • Mata pisau cukur - Untuk potongan bersih / nipis mata tunas dan membelah ranting pokok penanti. 
  • Parafilm atau paip tape untuk membalut cantuman yang telah dibuat dengan kemas. 
  • Bekas plastik untuk meletakkan pucuk pendatang agar tidak mudah kering semasa membuat cantuman. 
  • Plastik pembungkus lutsinar untuk mengawal kelembapan cantuman yang telah dibuat.   
  • Pen marker untuk mencatat maklumat cantuman yang dibuat seperti tarikh dan sumber mata tunas yang digunakan.  


No comments:

Post a Comment