Pages

Saturday 19 October 2013

Dokong




Nama saintifik : Lansium domesticum Corr.
Famili : Meliaceae
Nama lain : loncong (Thailand)
Jenis : Pokok kecil, banyak musim.
Pembiakan : Biji, tut
Keperluan Pertumbuhan : Untuk pertumbuhan yang baik, memerlukan kawasan yang lembab (ditepi sungai) dan naugan. Pokok tidak tahan kepada serangan ulat kulit batang dan boleh mati jika diserang dengan teruk.  Ini ada hubung kaitan dengan pokok yang kurang subur, tidak cukup naungan dan air.
Moforlogi : Mempunyai kanopi yang berbentuk ovate.  Mempunyai banyak cabang yang pada kebiasaanya tumbuh menegak. Akar (feeding roots) banyak dipermukaan tanah.
Kegunaan : Buah dimakan segar
Catatan : Dokong boleh dikelaskan kepada 3 jenis utama iaitu dokong kering, dokong air dan dokong biji.  Sifat utama antara ketiga-tiga jenis tersebut adalah seperti berikut: 
  • Dokong kering - Ini merupakan jenis yang biasa ditanam secara komersil kerana rasanya manis, tidak bergetah dan tidak mengeluarkan air semasa membuka kulitnya.  Buah berkulit tebal dan padat ditangkai.
  • Dokong air - Jenis ini mempunyai kandungan air yang tinggi dan terpancut keluar apabila kulitnya dipicit. Kulit buah nipis dan bergetah. Tidak ditanam kerana tidak mempunyai pasaran.
  • Duku biji - mempunyai biji yang besar dan isi yang nipis dan tidak bergetah.

No comments:

Post a Comment