Pages

Sunday 13 October 2013

Bunga Kertas - Teknik Cantuman Pucuk 2 (Persediaan Pucuk Penanti/pendatang & Proses Cantuman)


PERSEDIAAN PUCUK PENDATANG:
Mata tunas/pucuk muda yang akan digunakan hendaklah diambil daripada pokok induk yang subur, tidak berpenyakit dan bebas daripada serangan perosak.  Gunakan gunting pokok yang tajam untuk memotong pucuk muda berukuran 5-6 cm panjang (mempunyai 3-6 pasang daun) dan diletakkan didalam bekas air agar tidak mudah kering semasa membuat cantuman. 

PERSEDIAAN PUCUK PENANTI:
Pucuk muda yang dipilih daripada pokok penanti juga hendaklah subur, segar dan bebas dari serangan penyakit/perosak dan masih muda. Pucuk berkenaan hendak saiz batang sama dengan pucuk pendatang. Persamaan saiz ini akan mempercepatkan proses pencatuman antara pucuk penanti dan pucuk pendatang. 

PROSES PENCATUMAN:
Proses penctuman dimulakan dengan terlebih dahulu memotong pucuk penanti ke tahap 4-5 cm dari pangkal pucuk.  Pucuk penanti kemudian dibelah dua sedalam 2 cm dengan menggunakan pisau pencukur.  Dengan menggunakan pisau cukur, pangkal pucuk pendatang kemudian dihiris kiri dan kanan supaya berbentuk semacam baji.  Pucuk penanti kemudian disematkan kedalam belahan pucuk penanti dan dibalut dengan kemas dengan menggunakan parafilm/paip tape pada keseluruh belahan pucuk penanti.



No comments:

Post a Comment