Pages

Sunday 13 October 2013

Bunga Kertas - Teknik Cantuman Pucuk 3 (Kawalan Kelembapan & Pemeriksaan Cantuman)


KAWALAN KELEMBAPAN:
Adalah sangat penting agar kawasan cantuman sentiasa lembab bagi memastikan cantuman berkenaan tidak mudah kering.  Ini dapat dibuat dengan membungkus pucuk cantuman dengan menggunakan plastik pembungkus lutsinar.  Plastik kemudian dilabel dengan maklumat berkaitan seperti tarikh cantuman dibuat dan sumber pucuk pendatang yang digunakan.

PEMERIKSAAN CANTUMAN:
Periksa keadaan pucuk cantuman dalam masa seminggu. Cantuman telah berjaya jika terdapat titisan air di bahagian dalam plastik lutsinar. Titisan ini terbentuk hasil daripada respirasi pucuk yang telah dicantum. Selepas dua minggu, sungkupan plastik lutsinar boleh dibuka.  Ikatan plastik pada cantuman tidak perlu dibuang jika plastik parafilm digunakan. Plastik berkenaan hendaklah dibuang jika plastik paip digunakan. 

No comments:

Post a Comment