Pages

Saturday 12 October 2013

Bunga Kertas - Pengurusan Air



Pengairan Bunga Kertas:
Keperluan menyiram adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut:
  • Sistem penanaman yang diamalkan - sama ada ditanam di atas tanah, di dalam pasu di tanah atau pasu bergantung. 
  • Jenis tanah atau media tanaman yang digunakan - tanah yang berpasir seperti tanah bris memerlukan pengairan yang lebih kerap dan banyak.
  • Saiz pokok berbanding dengan isipadu media pertumbuhan - pokok yang besar dan media penanaman yang sedikit memerlukan penyiraman yang lebih kerap. Untuk itu, jika ingin memelihara pokok dalam keadaan kanopi yang besar, adalah lebih menukar kepada pasu yang bersesuaian dengan pokok berkenaan.
  • Cuaca dan suhu persekitaran - cuaca panas memerlukan pengairan yang lebih berbanding dengan cuaca yang redup dan lembab.
Panduan Penting:
Bunga kertas dan juga tanaman lain tidak perlu disiram jika pokok ianya tidak memerlukan air.  Pemberian air yang berlebihan atau kekurangan adalah tidak baik bagi pertumbuhan bunga kertas yang optimum.  Pemberian air berlebihan boleh membantut pertumbuhan akar (disebabkan tiada ruang udara atau dengan kata lain air bertakung) disamping menyebabkan kehilangan nutrien untuk tanaman hasil daripada larut lesap yang tinggi terutama sekali bagi penanaman dalam pasu dengan menggunakan bahan media yang ringan. Panduan berikut boleh membantu dalam pengurusan air bagi bunga kertas:

  • Guna media tanaman yang baik - media tanaman yang baik boleh air yang mencukupi untuk tanaman disamping ruang udara untuk keperluan oksigen akar.
  • Pastikan lubang saliran bekas menanam berfungsi (tidak tersemubat  dengan tanah) untuk saliran air yang berlebihan.
  • Pastikan permukaan bekas menanam kering sebelum siraman dijalankan
  • Klorin dalam air paip tidak merbahayakan tanaman. 
  • Florid dalam air paip adalah merbahayakan tanaman

No comments:

Post a Comment