Pages

Wednesday 16 October 2013

Bunga Kertas - Pembajaan 1 (Keperluan, Jenis & Element Nutrient)


Keperluan Pembajaan:
Bunga kertas yang mendapat sumber nutrien yang dikehendaki akan berwarna terang, berminyak (glossy) dan nampak subur.  Sebaliknya bunga kertas yang tidak mendapatkan sumber nutrien yang dikehendaki akan mempunyai daun yang berwarna pudar (kekuningan keseluruhan atau kekuningan antara urat daun) dan kelihatan tidak subur.   Baja yang berlebihan sebaliknya boleh membantut pertumbuhan atau masalah pengeluaran bunga.

Jenis Baja & Penggunaanya:
Kedua-dua jenis baja iaitu baja organik seperti najis kambing dan baja kimia boleh digunakan untuk penanaman bunga kertas.  Baja organik biasanya digunakan sebagai campuran dalam media tanaman atau semasa menukar pasu.  Baja organik juga boleh diberi setiap 4-6 bulan bertujuan untuk membaiki struktur tanah/media tanaman.  Sumber nutrien yang diperlukan pada kebiasaannya diperoleh dari baja bukan organik.  

Elemen Nutrien Dalam Baja :
Elemen utama yang diperlukan oleh tanaman ialah nitrogen (N), fosforus (P) dan potassium (K).  Fungsi nutrien-nutrien ini adalah seperti berikut:
  • Nitrogen (N) - Diperlukan untuk pembentukan protin asas, klorofil dan enzim-enzim yang diperlukan oleh tanaman. Kekurangan N akan menyebabkan tanaman terbantut, kekuningan.  Nitrogen berlebihan sebaliknya boleh menyebabkan pokok melecur atau pembentukan daun yang berlebihan dan tidak berbunga.
  • Phosphorus (P) - Tanaman memerlukan P untuk pembentukan bunga, buah dan seterusnya biji.  Phosphorus juga boleh meningkatkan ketahanan tanaman terhadap penyakit.  
  • Potassium (K) - Potassium diperlukan oleh tanaman untuk aktiviti kimia dalaman pokok.  Ini termasuk untuk menghasilkan gula, kanji, protin yang diperlukan untuk pertumbuhan.
Unsur mikro lain yang diperlukan ialah calcium (Ca), magnesium (Mg), iron (Fe), aluminium (Al), zinc (Zn) dll.  Bag baja yang terdapat dipasaran akan mengandungi maklumat kandungan nutrien diatas.  

No comments:

Post a Comment