Pages

Wednesday, 23 October 2013

Kelulut dan Perdebungaan...

Kelulut pada bunga jeliti

Kelulut dan Perdebungaan...
Diantara banyak tanaman yang terdapat dalam taman saya, jeliti ialah tanaman yang banyak dikerumi oleh serangga agen pendebungaan.  Ini mungkin kerana pokoknya yang sentiasa berbunga dan berbunga dengan banyak atau baunya harum dapat menarik perhatian serangga berkenaan.  Diantara serangga yang ada ialah rama-rama, kumbang dan yang terbanyak ialah kelulut.  Pada satu-satu masa, terdapat 15-20 ekor kelulut setiap pokok. 

Monday, 21 October 2013

Kucai


Nama saintifik : Allium tuberosum / Allium ramosum
Famili : Alliaceae
Nama lain : 
Jenis : Renek berbatang lembut dan boleh hidup banyak musim.
Pembiakan: Belahan bebawang.
Keperluan Pertumbuhan : Tidak memerlukan kawasan yang besar.  Baik ditanam di media pertumbuhan yang mempunyai bahan organik yang tinggi. Memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan yang baik.
Moforlogi : Daun tumbuh menegak, berwarna hijau.  Bunga bewarna putih.
Kegunaan : Sebagai perasa untuk masakan sup.
Catatan : Untuk pertumbuhan daun yang banyak, bunga hendaklah sentiasa dibuang.

Sunday, 20 October 2013

Anona


Nama saintifik : Annona squamosa
Famili : Annonaceae
Nama lain : Sugar apple, custard apple, sweetsop (English), buah nona
Jenis : Pokok kecil
Pembiakan : Biji
Keperluan pertumbuhan : Kawasan yang subur & saliran yang baik.
Moforlogi : Sejenis tumbuhan berpokok kecil yang boleh tumbuh sehingga 3-4 m tinggi, tumbuh rendang dan mempunyai banyak cabang.  Ianya berbuah sepajang tahun, berwarna hijau semasa muda dan berubah ke hijau muda apabila matang. Isinya sangat wangi, manis, lembut (macam kastard) berbentuk macam jantung.
Kegunaan : Ditanam untuk buahnya yang manis.  Buahnya juga dikatakan baik untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan jantung.
Catatan : 

Limau Purut


Nama saintifik : Citrus hystrix
Famili : Rutaceae
Nama lain : Kaffir lime (English), jeruk ubat, jeruk purut (Indonesia)
Jenis : Pokok kecil
Pembiakan: Biji, tut
Keperluan Pertumbuhan : Memerlukan kawasan yang subur, bahan organik yang tinggi dan saliran yang baik.  Tidak memerlukan cahaya yang banyak jika ianya ditanam untuk daunnya.
Moforlogi : Batang keras dan berduri.  Bunga bewarna putih.  Daun genting ditengah, bewarna hijau berkilat, tebal dan berbau wangi.  Buah bewarna hijau dan berkerutu.
Kegunaan : Daun digunakan dalam beberapa jenis masakan seperti tomyam dan sup.  Buah digunakan dalam ramuan mandi bunga.
Catatan :


Kelulut

Haif kelulut ini terdapat pada sebatang pokok rambutan yang
sebahagian daripada batangnya telah mati. Ratu semestinya
berada didalam lubang batang pokok rambutan ini.
Close-up kelulut di pintu sarang yang rata-rata cuba
menyerang/mengigit saya ketika mahu ambil gambar close-up ini

Nama saintifik : Trigona spp
Nama lain : Lebah tukang, meliponini, stingless bee
Keterangan : Kelulut ialah sejenis serangga daripada keluarga Apidae. Berbanding dengan lebah madu, kelulut tidak menyegat. Secara berkumpulan, kelulut akan mengigit jika ada ganguan luar. Sehubungan dengan itu, kelulut amatlah sesuai untuk diusahakan secara kecil-kecilan diperkarangan rumah. Dilapurkan madu yang dihasilkan dari kelulut adalah lebih berkhasiat berbanding dengan madu dari lebah madu.  Madunya dikatakan boleh meningkatkan metabolisma badan dan merawat pelbagai penyakit dan kecenderaan dalaman.  Selain daripada madu yang dihasilkan, propolis dan pollen kelulut boleh dijadikan produk hiliran antibakteria, antifungus dan antivirus.
Catatan : Sedang mencari kaedah bagaimana untuk memindahkan koloni kelulut ini dari batang rambutan ini ke haif yang bersesuaian agar madu dapat tuai dengan mudah... Dimaklumkan cara yang mudah ialah dengan memotong batang pokok tadi (bersama sarang asli) dan kemudian memidahkan ke haif buatan secara berperingkat..   TAPI.. pokok rambutan masih mengeluarkan hasil..

Saturday, 19 October 2013

Dokong




Nama saintifik : Lansium domesticum Corr.
Famili : Meliaceae
Nama lain : loncong (Thailand)
Jenis : Pokok kecil, banyak musim.
Pembiakan : Biji, tut
Keperluan Pertumbuhan : Untuk pertumbuhan yang baik, memerlukan kawasan yang lembab (ditepi sungai) dan naugan. Pokok tidak tahan kepada serangan ulat kulit batang dan boleh mati jika diserang dengan teruk.  Ini ada hubung kaitan dengan pokok yang kurang subur, tidak cukup naungan dan air.
Moforlogi : Mempunyai kanopi yang berbentuk ovate.  Mempunyai banyak cabang yang pada kebiasaanya tumbuh menegak. Akar (feeding roots) banyak dipermukaan tanah.
Kegunaan : Buah dimakan segar
Catatan : Dokong boleh dikelaskan kepada 3 jenis utama iaitu dokong kering, dokong air dan dokong biji.  Sifat utama antara ketiga-tiga jenis tersebut adalah seperti berikut: 
  • Dokong kering - Ini merupakan jenis yang biasa ditanam secara komersil kerana rasanya manis, tidak bergetah dan tidak mengeluarkan air semasa membuka kulitnya.  Buah berkulit tebal dan padat ditangkai.
  • Dokong air - Jenis ini mempunyai kandungan air yang tinggi dan terpancut keluar apabila kulitnya dipicit. Kulit buah nipis dan bergetah. Tidak ditanam kerana tidak mempunyai pasaran.
  • Duku biji - mempunyai biji yang besar dan isi yang nipis dan tidak bergetah.

Friday, 18 October 2013

Manggis


Nama saintifik : Garcinia mangostana
Famili : Clusiaceae
Nama lain : Mesta, Setta (Malaysia). Mangosteen (English)
Jenis : Pokok besar
Pembikan : Biji
Keperluan pertumbuhan : Memerlukan kawasan yang subur dan mempuyai saliran yang baik.
Morfologi : Sejenis pokok banyak musim, mempunyai banyak dahan yang tersusun teratur dengan jarak dalam lingkungan 1-2 m antara satu sama lain.  Buah berwarna kuning semasa muda dan bertukar ke merah/jingga apabila masak dan sedia untuk dimakan.
Kegunaan : Buah sangat enak untuk dimakan. Kulit buah dan kulit pokok digunakan untuk rawatan cirit
Catatan : Tanaman ini tidak sesuai ditanam jika mempunyai kawasan yang terhad kerana kanopinya boleh tumbuh sehingga 8-10 m garispusat.  Daunnya yang tebal tidak mudah reput. 


Duku Langsat


Nama saintifik : Lansium Domesticum Corr
Famili : Meliaceae
Nama lain : Duku langsat, langsat (Malaysia), lancat (Thailand)
Jenis : Pokok kecil, banyak musim
Keperluan pertumbuhan :  Untuk pertumbuhan yang baik, memerlukan kawasan yang subur, lembab (ditepi sungai) dan naugan. 
Morfologi : Sifat pertumbuhan adalah sama dengan dokong. Mempunyai kanopi yang berbentuk ovate, banyak cabang yang pada kebiasaanya tumbuh menegak.  Pokok adalah lebih tahan kepada serangan ulat kulit batang.  Berbanding dengan dokong, kulit buah adalah nipis, berbentuk bulat dan isi agak berair.
Kegunaan : Buah untuk dimakan.
Catatan : 



Jambu Batu



Nama saintifik :  Psidium guajava L
Famili : 
Nama lain : Guava (English), jambu biji, 
Jenis : Pokok kecil, banyak musim
Keperluan pertumbuhan : Memerlukan kawasan yang mempunyai saliran yang baik dan subur. Perlu banyak pancaran matahari.
Morfologi : Jambu ialah sejenis pokok kecil banyak musim. Bagi memudahkan pengurusan tanaman, pokok dipangkas ketahap ketinggian 2-3 m.  Buah hendaklah dibalut dengan kertas bagi mengelakkan serangan ulat buah.
Kegunaan : Buah dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jem atau jus minuman. Ianya mengandungi pelbagai vitamin dan serat yang amat tinggi.  Daun digunakan untuk rawatan deman, cirit birit dan luka-luka kecil.
Catatan : Tanaman ini sangat sesuai dikawasan rumah kerana pokok yang cantik, mudah diurus, berbuah sepanjang tahun dan sumber makanan yang berkhasiat.

Thursday, 17 October 2013

Ciku


Nama saintifik : Manilkara zapota
Famili : Sapotacaea
Nama lain : Sawo nilo (Kelantan), sapodilla (English), sawo (Indonesia)
Jenis : Pokok kecil (3-5 m tinggi)
Pembiakan: Biji, tut
Keperluan Pertumbuhan : Tanah yang mempunyai saliran yang baik, subur dan mempunyai bahan organik yang tinggi.
Moforlogi : Dahan tumbuh padat, daun licin & tebal.  Buah berwarna kelabu muda & isi sangat manis.
Kegunaan : Ditanam untuk buahnya.
Catatan : Sesuai ditanam dikawasan rumah kerana ianya berbuah sepanjang tahun dan saiz kanopinya boleh dikawal dengan pemangkasan.