Pages

Friday, 18 October 2013

Duku Langsat


Nama saintifik : Lansium Domesticum Corr
Famili : Meliaceae
Nama lain : Duku langsat, langsat (Malaysia), lancat (Thailand)
Jenis : Pokok kecil, banyak musim
Keperluan pertumbuhan :  Untuk pertumbuhan yang baik, memerlukan kawasan yang subur, lembab (ditepi sungai) dan naugan. 
Morfologi : Sifat pertumbuhan adalah sama dengan dokong. Mempunyai kanopi yang berbentuk ovate, banyak cabang yang pada kebiasaanya tumbuh menegak.  Pokok adalah lebih tahan kepada serangan ulat kulit batang.  Berbanding dengan dokong, kulit buah adalah nipis, berbentuk bulat dan isi agak berair.
Kegunaan : Buah untuk dimakan.
Catatan : 



Jambu Batu



Nama saintifik :  Psidium guajava L
Famili : 
Nama lain : Guava (English), jambu biji, 
Jenis : Pokok kecil, banyak musim
Keperluan pertumbuhan : Memerlukan kawasan yang mempunyai saliran yang baik dan subur. Perlu banyak pancaran matahari.
Morfologi : Jambu ialah sejenis pokok kecil banyak musim. Bagi memudahkan pengurusan tanaman, pokok dipangkas ketahap ketinggian 2-3 m.  Buah hendaklah dibalut dengan kertas bagi mengelakkan serangan ulat buah.
Kegunaan : Buah dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jem atau jus minuman. Ianya mengandungi pelbagai vitamin dan serat yang amat tinggi.  Daun digunakan untuk rawatan deman, cirit birit dan luka-luka kecil.
Catatan : Tanaman ini sangat sesuai dikawasan rumah kerana pokok yang cantik, mudah diurus, berbuah sepanjang tahun dan sumber makanan yang berkhasiat.

Thursday, 17 October 2013

Ciku


Nama saintifik : Manilkara zapota
Famili : Sapotacaea
Nama lain : Sawo nilo (Kelantan), sapodilla (English), sawo (Indonesia)
Jenis : Pokok kecil (3-5 m tinggi)
Pembiakan: Biji, tut
Keperluan Pertumbuhan : Tanah yang mempunyai saliran yang baik, subur dan mempunyai bahan organik yang tinggi.
Moforlogi : Dahan tumbuh padat, daun licin & tebal.  Buah berwarna kelabu muda & isi sangat manis.
Kegunaan : Ditanam untuk buahnya.
Catatan : Sesuai ditanam dikawasan rumah kerana ianya berbuah sepanjang tahun dan saiz kanopinya boleh dikawal dengan pemangkasan.

Duku

Nama saintifik : Lansium domesticum
Famili : Meliaceae
Nama lain : Duku Terengganu
Jenis : Pokok kecil, banyak musim
Keperluan pertumbuhan : Memerlukan kawasan yang subur, kandungan bahan organik yang tinggi dan saliran yang baik.  Duku tidak begitu sensitif terhadap pancaran matahari berbanding dengan dokong dan duku langsat.
Morfologi : Berbanding dengan dokong dan duku langsat, kanopi pokok duku adalah lebih besar sehingga 8-10 garis pusat, mempunyai dahan cabang dan tumbuh lebih rindang.  Duku juga lebih tahan kepada serangan ulat batang dan lebih mudah dijaga.  Tangkai buah tidak padat dan sehubungan dengan itu setiap tangkai buah tidak masak serentak.  Buah seterusnya dipetik setiap biji dengan memilih buah yang lembut dan tinggalkan buah yang belum masak (masih keras). Isi buah berwarna transparent, manis lembut, tidak berair dan tidak mempunyai biji besar.  Memandangkan buahnya tidak masak serentak, ianya boleh dituai sehingga 6-8 minggu.  
Kegunaan : Buah untuk dimakan segar.
Catatan : Sesuai ditanam dikawasan rumah kerana mudah dijaga dan jangka masa kutipan buah yang agak panjang.

Lada Burung


Nama saintifik : Capsicum annum
Famili : Solanaceae
Nama lain : Cili burung, cili api
Jenis : Renek berbatang lembut
Keperluan pertumbuhan : Media pertumbuhan hendaklah mempunyai saliran yang baik, mempunyai bahan organik yang tinggi dan subur.
Morfologi : Batang tumbuh menegak, mempunyai banyak cabang.  Bunga berkelopak lima, berwarna putih, berbentuk lokek dan terkeluar dari setiap ketiak daun. Buah berwarna putih semasa muda dan bertukar kepada orange apabila matang.
Kegunaan : Banyak digunakan dalam masakan harian dan termasuk singgang, masak pedas cili api, sambal dan budu.
Catatan : Sumber dari kebun yang boleh dikatakan dipertik dan digunakan setiap hari.


Mangga


Nama saintifik : 
Nama lain :
Varieti :
Sifat pertumbuhan :
Kegunaan :
Catatan :

Lemon


Nama saintifik :
Nama lain :
Varieti :
Sifat pertumbuhan :
Kegunaan :
Catatan :