Pages

Showing posts with label Bunga Kertas - Pembajaan. Show all posts
Showing posts with label Bunga Kertas - Pembajaan. Show all posts

Thursday, 17 October 2013

Bunga Kertas - Pembajaan 4 (Cara Pembajaan)


Cara Pembajaan:
Bagi negara tropikal seperti Malaysia, bunga kertas akan tumbuh sepanjang tahun. Sehubungan dengan itu, baja hendaklah diberi secara berkala sepanjang tahun.  Penanaman dalam pasu memerlukan pemberian baja yang lebih kerap kerana isipadu tanah untuk memegang nutrien untuk keperluan pokok adalah sangat terhad.  Penggunaan baja jenis pembebasan perlahan (slow release) seperti Kokei boleh mengurang kekerapan pemberian baja.  Pemberian baja setiap 2-3 minggu adalah memadai jika baja pembebasan perlahan (slow release) seperti Kokei digunakan.  

Ikutilah panduan berikut dalam pemberian baja bagi tanaman bunga kertas:
  • Pertumbuhan pokok adalah lebih baik dengan kedapatan sumber nutrient yang minimum dan diperolehi secara tetap.
  • Jangan membaja dalam keadaan tanah yang kering
  • Jangan beri baja secara berlebihan.  Baja yang berlebihan boleh merosakkan akar dan tanaman akan menjadi tergencat
  • Kedua-dua jenis baja (organik & bukan organik) boleh digunakan untuk penanaman bunga kertas

Bunga Kertas - Pembajaan 3 (Formulasi Baja)


Formulasi Baja :
Bagi bunga kertas, dua formulasi utama hendaklah digunakan iaitu formulasi untuk pertumbuhan vegetatif yang mengandungi N yang tinggi dan formulasi yang mengandungi K yang tinggi untuk pembentukan bunga.  Antara formulasi untuk pertumbuhan vegetatif yang ada dipasaran ialah N:P:K:Mg = 10:10:10:2. Formulasi untuk pembentukan bunga pula ialah N:P:K:Mg = 8:6:16:2. Bag bagi formulasi untuk pertumbuhan vegetatif selalunya berwarna hijau dan biru bagi formulasi untuk pengeluaran bunga.  Formulasi-formulasi ini juga pada biasanya ditambah dengan unsur mikro seperti Ca, Mg dan unsur surih.  

Formulasi ini biasanya dipasarkan dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk sebatian (compound) atau campuran (mixture).  Bentuk sebatian adalah sesuai digunakan kerana setiap butir baja mempunyai formulasi yang sama dan berbeza dengan campuran kerana ianya bergantung kepada proses campuran dan sumber nutrien yang digunakan.


Wednesday, 16 October 2013

Bunga Kertas - Pembajaan 2 (Tanda Kekurangan Nutrien)


Tanda-tanda Kekurangan Nutrient :
Adalah agak penting bagi kita untuk mengenalpasti simtom-simtom yang terdapat terpapar dalam keadaan kekurangan unsur nutrien yang diperlukan oleh tanaman:
  • Nirogen (N) - Daun matang akan berwarna hijau muda.  Urat daun pada kebiasaannya menjadi kemerahan.  Pada keseluruhannya pertumbuhan pokok akan terbantut.
  • Phosphorus (P) - Urat daun bertukar ke merah atau unggu.  Keseluruhan pokok akan nampak berwarna unggu
  • Potassium (K) - Tepi daun bagi daun matang bertukar menjadi unggu.  Hujung daun akan hangus dan berwarna coklat.
  • Magnesium (Mg) - Mempunyai bintik kuning pada daun matang.
  • Zinc (Zn) - Sama seperti Mg, tapi daun akan berpulas
  • Iron (Fe) - Pucuk baru akan terbantuk, berwarna hijau muda diantara urat daun. Urat daun masih berwarna hijau
  • Calcium (Ca) - Hujung daun muda akan hangus dan berwarna coklat

Bunga Kertas - Pembajaan 1 (Keperluan, Jenis & Element Nutrient)


Keperluan Pembajaan:
Bunga kertas yang mendapat sumber nutrien yang dikehendaki akan berwarna terang, berminyak (glossy) dan nampak subur.  Sebaliknya bunga kertas yang tidak mendapatkan sumber nutrien yang dikehendaki akan mempunyai daun yang berwarna pudar (kekuningan keseluruhan atau kekuningan antara urat daun) dan kelihatan tidak subur.   Baja yang berlebihan sebaliknya boleh membantut pertumbuhan atau masalah pengeluaran bunga.

Jenis Baja & Penggunaanya:
Kedua-dua jenis baja iaitu baja organik seperti najis kambing dan baja kimia boleh digunakan untuk penanaman bunga kertas.  Baja organik biasanya digunakan sebagai campuran dalam media tanaman atau semasa menukar pasu.  Baja organik juga boleh diberi setiap 4-6 bulan bertujuan untuk membaiki struktur tanah/media tanaman.  Sumber nutrien yang diperlukan pada kebiasaannya diperoleh dari baja bukan organik.  

Elemen Nutrien Dalam Baja :
Elemen utama yang diperlukan oleh tanaman ialah nitrogen (N), fosforus (P) dan potassium (K).  Fungsi nutrien-nutrien ini adalah seperti berikut:
  • Nitrogen (N) - Diperlukan untuk pembentukan protin asas, klorofil dan enzim-enzim yang diperlukan oleh tanaman. Kekurangan N akan menyebabkan tanaman terbantut, kekuningan.  Nitrogen berlebihan sebaliknya boleh menyebabkan pokok melecur atau pembentukan daun yang berlebihan dan tidak berbunga.
  • Phosphorus (P) - Tanaman memerlukan P untuk pembentukan bunga, buah dan seterusnya biji.  Phosphorus juga boleh meningkatkan ketahanan tanaman terhadap penyakit.  
  • Potassium (K) - Potassium diperlukan oleh tanaman untuk aktiviti kimia dalaman pokok.  Ini termasuk untuk menghasilkan gula, kanji, protin yang diperlukan untuk pertumbuhan.
Unsur mikro lain yang diperlukan ialah calcium (Ca), magnesium (Mg), iron (Fe), aluminium (Al), zinc (Zn) dll.  Bag baja yang terdapat dipasaran akan mengandungi maklumat kandungan nutrien diatas.